Sejarah Microsoft Academic Search

Microsoft telah melancarkan sebuah alat carian yang dikenali sebagai "Windows Live Academic Search" pada tahun 2006 untuk bersaing dengan Google Scholar.[2] Setahun kemudian, namanya ditukar kepada "Live Search Academic" tetapi dihentikan dua tahun kemudian.[3] Pada tahun 2009, Microsoft Research Asia Group melancarkan sebuah alat beta yang dikenali sebagai "Libra" pada tahun 2009 untuk penyelidikan algoritma dalam pencarian vertikal objek peringkat atau object-level vertical search,[4] perlombongan data, menghubungkan entiti dan visualisasi data.[5] LLibra dialihkan ke perkhidmatan MAS menjelang 2011 dan mengandungi 27.2 juta rekod untuk buku, kertas persidangan, dan jurnal.[3]

Walaupun berfungsi secara besar-besaran, perkhidmatan ini bertujuan untuk menjadi laman web produksi dan tidak dikembangkan memandangkan matlamat penyelidikan projek telah tercapai.[6] Perkembangan perkhidmatan ini telah dihentikan pada tahun 2012.[1][7]

pada Julai 2014, Microsoft Research mengumumkan bahawa Microsoft Academic telah berkembang dari sebuah projek penyelidikan kepada sebuah perkhidmatan produksi, dan akan berintegrasi dengan enjin carian Microsoft, Bing dan Cortana.